Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan Yang Kerap Ditanya

Kami Ada Jawapannya

1). Membantu umat Islam mengumpul dana secara berkoperasi yang berlandaskan syariat.
2). Anda dapat menabung & menyumbang secara konsisten melalui potongan gaji bulanan.
3). Anda juga ditawarkan manfaat Al-Abrar iaitu anugerah kecemerlangan pendidikan & khairat kematian.

Untuk memohon pembiayaan Koperasi, anda hendaklah melengkapkan borang permohonan pembiayaan yang berkaitan berserta dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar kepada kami di alamat pejabat pengurusan Koperasi Muslimin.

Muat turun borang di sini

Antara syarat-syarat untuk mendapat pembiayaan Koperasi Muslimin adalah :
1). Telah menjadi anggota Koperasi – sekiranya kakitangan kerajaan serta-merta. Selain itu tertakluk tempoh matang iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan.
2). Kakitangan kerajaan yang mempunyai kemudahan potongan gaji (BPA) adalah diberi keutamaan.
3). Bagi kakitangan swasta dan sendiri juga boleh dipertimbangkan.
4). Telah aktif mencarum (sekurang-kurangnya 3 bulan).
5). Melepasi tapisan had kelayakan gaji (perlu mengemukakan slip gaji terkini untuk pengiraan).

Ya, beberapa bayaran akan dikenakan semasa permohonan iaitu :
1) Yuran proses sebanyak RM 110.00.
2) Bayaran Tabung Perlindungan Skim Pembiayaan (TPSP) – tertakluk kepada umur pemohon, jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik.
3) Dalal BPA 0.6% dari jumlah hutang – bagi yang menggunakan kemudahan BPA.
4) Lain-lain bayaran bagi menyempurnakan perjanjian dan dokumentasi seperti duti setem, bayaran guaman dan sebagainya.

  1. Bagi kakitangan kerajaan, pembiayaan sehingga RM 200,000.00 tidak perlu penjamin, pembiayaan yang lebih besar, cagaran berbentuk hartanah perlu dikemukakan.
  2. Bagi kakitangan swasta, sendiri, atau pesara, cagaran penuh berbentuk hartanah hendaklah dikemukakan.

1). Kadar keuntungan dikenakan tertakluk kepada jenis dan jumlah pembiayaan iaitu :
2) Kadar keuntungan berdasarkan tempoh bayaran balik pembiayaan:

  1. 3% – 5 tahun
  2. 4% – 10 tahun
  3. 5% – 11 tahun – 25 tahun

2). Bagi pembiayaan kenderaan:

  1. Kenderaan baru tempatan – 3.5%
  2. Kenderaan baru import – 3.3%
  3. Kenderaan terpakai – 5%

3). Bagi pembiayaan pakej umrah & ziarah, kadar keuntungan adalah 3% setahun.

Had kelayakan gaji adalah tertakluk kepada cara bayaran balik dibuat iaitu :
1). Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa : Had maksima potongan gaji adalah 60% daripada pendapatan tetap (Gaji Pokok + Elaun tetap).
2). Melalui Arahan Majikan adalah 50% daripada pendapatan tetap.
3). Sendiri 15% daripada pendapatan tetap.

Untuk menjadi anggota Koperasi Muslimin, anda hendaklah melengkapkan borang permohonan menjadi Anggota Koperasi Muslimin dan hantarkan bersama bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM10 kepada kami di alamat pejabat pengurusan Koperasi Muslimin.

Muat turun borang di sini

Syarat-syarat untuk menjadi anggota ialah :
1). Warganegara Malaysia.
2). Berbangsa Melayu dan Beragama Islam.
3). Telah berumur 18 tahun dan ke atas.
4). Bermastautin dalam kawasan perjalanan Koperasi Muslimin.
5). Tidak bankrap.
6). Membayar yuran masuk sebanyak RM10 dan RM20 bagi bekas anggota.

Setelah mendaftar menjadi anggota, anda berkewajipan untuk :
1). Melengkapkan modal syer minima sebanyak RM500 dalam tempoh 12 bulan.
2). Membuat bayaran caruman minima sebanyak RM60 sebulan.

Menurut Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) 55(1) perengan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM 500 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan menurut fasa(2). Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat.

Terdapat pecahan bagi caruman minima RM60 tersebut iaitu :

Yuran (RM30)
Simpanan Al-Wadiah (RM10)
Pelaburan Hartanah (RM5)
Derma Kebajikan Al-Abrar (RM7)
Derma Tarbiyah / Pendidikan (RM5)
Derma Yayasan Muslimin (RM1)
Derma Persatuan Ulama’ Malaysia (RM2)
Jumlah: RM 60

Caruman bulanan boleh dibuat melalui 4 cara iaitu :
1). Sekiranya anda adalah merupakan Kakitangan Kerajaan atau badan berkanun, kami mewajibkan bayaran dibuat melalui kemudahan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). Kami akan serahkan borang berkaitan untuk dilengkapkan dan kembalikan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.
2). Sekiranya anda merupakan pekerja swasta, maka kaedah potongan gaji melalui arahan majikan akan dilakukan.
3). Sekiranya pilhan di atas tidak dapat dilaksanakan, maka anda boleh membuat arahan potongan bank (Bank Instruction); atau
4). Anda membuat bayaran sendiri melalui bank-in, pindahan akaun atau hadir sendiri ke kaunter kami. No akaun bank Koperasi Muslimin ialah – BIMB : 14-041-01-000583-1 .

Borang permohonan boleh diperolehi dengan 3 cara iaitu :
1). Datang terus ke pejabat pengurusan kami.
2). Muat turun dari laman web kami di Borang Ahli (klik sini)
3). Hubungi kami di talian 03-4021 0033 (Seksyen Keanggotaan) untuk penjelasan lanjut.

Kami Komit Untuk Membantu Anda

Hubungi Kami Untuk Bantuan

perjanjian
Scroll to top