Latar Belakang

Latar Belakang

Mengenai Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB)

Sejarah Penubuhan

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad adalah salah satu organisasi kewangan yang mengajak umat Islam bermu’amalah berlandaskan syari’ah. Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.

Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad atau nama ringkasnya, Koperasi Muslimin (KMMB).

Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi Muslimin akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

koperasi muslim

Matlamat & Tujuan Penubuhan

Menjalankan kegiatan perekonomian, pendidikan dan perkhidmatan kebajikan demi meningkatkan sosio ekonomi, moral dan rohani anggotanya.

Menyediakan kemudahan simpanan (Al-Wadiah) untuk anggota-anggota dan membuang amalan riba’.

Menyediakan skim kebajikan yang dapat memberi pembelaan kepada anggota-anggota dan sumbangan kepada kegiatan-kegiatan Islamiyah.

Menyediakan program pendidikan (tarbiyah) bagi meningkatkan kefahaman ahli dalam bidang muamalat Islam.

Scroll to top